• Jangan Biarkan Baram Jatuh Kepada Pembangkang

    Published: Thursday, 15 February 2018
    A- A+
    gambar fail
    Ahli Majlis Kerja Tertinggi Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) Dennis Ngau akan memastikan Baram tetap kekal milik Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) akan datang.

    Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Telang Usan berkata, kesemua ahli PBB dari cawangan Telang Usan, Mulu dan Marudi telah berikrar menyokong BN serta memastikan kemenangan besar milik parti tersebut.

    "Penyandangnya Ahli Parlimen Baram Anyi Ngau dijangka akan dicalonkan semula di kawasan tersebut menjanjikan pembangunan berterusan di Baram." katanya.

    Memetik laporan Utusan Borneo, menurut Dennis sekiranya Anyi dicalonkan semula seluruh penduduk terutamanya di kawasan Baram akan terus menyokong serta mengekalkan kekuatan dalam BN khususnya di kawasan tersebut serta memastikan pembangunan secara berterusan dilaksanakan.

    Ujar Dennis, penduduk Baram akan terus menyokong parti yang akan membawa pembangunan ke kawasan tersebut dan tidak akan membiarkan kerusi tersebut jatuh ke tangan pihak pembangkang.

    “Kita yakin pengundi pasti akan memilih pembangunan, justeru jangan sesekali membiarkan kerusi Baram jatuh ke tangan pembangkang yang hanya tahu menabur janji kosong sahaja.” jelasnya.-Sarawakiana
  • No Comment to " Jangan Biarkan Baram Jatuh Kepada Pembangkang "