• Jangan Biar Pembangkang Rampas Parlimen Baram

    Reporter: Azmin Ramlie
    Published: Sunday, 18 February 2018
    A- A+
    MARUDI: Barisan Nasional (BN) tidak akan membiarkan kerusi 'panas' Parlimen Baram, dirampas parti pembangkang pada Pililhan Raya Umum ke-14 (PRU-14)

    Tanpa menafikan persaingan sengit bakal dialami di kerusi itu, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Telang Usan, Dennis Ngau, berkata seluruh jentera BN akan bergabung tenaga mempertahankan kerusi berkenaan.

    Beliau berkata, pembangkang akan menggunakan pelbagai helah untuk merampas kerusi berkenaan daripada calon BN, seperti yang berlaku pada pilihan raya lalu.

    "Justeru, semua jentera BN tanpa mengira parti harus bergabung tenaga memastikan Parlimen Baram kekal milik kita pada pilihan raya berkenaan," katanya di Majlis Pemimpin Bersama Rakyat di Long Ikang, di sini, hari ini.

    Dennis berkata, banyak pembangunan sudah dirancang kerajaan di kawasan Baram untuk memastikan daerah itu kekal maju seperti daerah lain di Sarawak.

    Beliau berkata, Parlimen Baram memerlukan banyak pembangunan supaya penduduknya mendapat lebih banyak peluang ekonomi pada masa akan datang.

    Mengenai calon BN di Parlimen Baram, beliau berkata, jentera BN perlu memberi sokongan kepada sesiapa saja calon BN termasuk penyandangnya, Anyi Ngau, jika dikekalkan bertanding di kawasan itu.

    "Sekarang yang penting ialah untuk mengekalkan kemenangan BN di kerusi berkenaan. Calon BN yang diletakkan di kawasan itu pasti mampu membawa kemajuan untuk Baram," katanya.

    Beliau berkata, Anyi Ngau juga menunjukkan prestasi perkhidmatan yang baik sepanjang menjadi wakil rakyat di kawasan itu. - BHOnline
  • No Comment to " Jangan Biar Pembangkang Rampas Parlimen Baram "