• Jalan Pun Kena Curi

    Reporter: Dayyan Mikhail
    Published: Wednesday, 7 February 2018
    A- A+

    SHANGHAI: Gagal meraih pendapatan melalui perniagaan dari rumah, seorang lelaki di Suqian, wilayah Jiangsu, mencuri konkrit jalan raya sepanjang 800 meter di kampungnya untuk dijual.

    Menurut laporan portal berita China, News Service, penduduk kampung itu terkejut apabila mendapati jalan di kampung mereka hilang.

    Mereka memaklumkan kepada polis dan menurut Timbalan Ketua Polis Suqian, Jiang Yazhou, selepas menerima laporan pada 24 Januari lalu, mereka memulakan siasatan

    Anggota polis yang ditempatkan untuk melakukan intipan pada waktu malam kemudian mendapati seorang lelaki mengorek jalan berkenaan dengan jentolak.

    Lelaki dikenali sebagai Zhu yang ditahan itu, mengaku mencuri jalan berkenaan dan sudah menjual 500 tan konkrit kepada sebuah kilang dengan harga 5,000 yuan (£563).

    “Jalan itu tidak banyak digunakan. Jadi saya fikir kenapa tidak menggali dan menjual konkrit berkenaan,” katanya.

    Menurutnya, dia menyewa beberapa lori untuk mengangkut konkrit yang sudah dipecahkan.-Agensi

    Subjects:

    Luar Negara
  • No Comment to " Jalan Pun Kena Curi "