• Izreen Azminda bakal jadi isteri nombor satu

    Reporter: Yusz Man
    Published: Wednesday, 28 February 2018
    A- A+


    KUALA LUMPUR - Perkahwinan suami pelakon jelita, Izreen Azminda, Muhammad Radzi Abdul Wahid dengan isteri pertama, Intan Liana Saleh dikatakan bakal berakhir dengan perceraian.

    Muhammad Radzi atau dikenali sebagai Ude, 30, difahamkan akan melakukan lafaz cerai di Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur di sini pada petang hari ini.

    Menguatkan spekulasi tersebut apabila Intan memuat naik kenyataan berbau kecewa di Instagramnya pada tiga hari lalu.

    Ude yang juga merupakan seorang pemuzik bebas itu mula mendirikan rumah tangga bersama Intan, 33, sejak lima tahun lalu dan memiliki dua cahaya mata, Arish Muqri, 3, dan Ariq Muqri, 1.

    Dia kemudian berkahwin dengan pelakon drama rantaian Kerana Terpaksa Aku Relakan pada 8 Ogos, 2017 di sebuah lokasi dirahsiakan. - K! ONLINE

    Subjects:

  • No Comment to " Izreen Azminda bakal jadi isteri nombor satu "