• Isu Dadah: Polis Minta 2 Rakan Rrtis Farid Kamil Tampil

    Published: Thursday, 8 February 2018
    A- A+

    SHAH ALAM - Polis menasihatkan dua individu yang mencemarkan minuman pelakon dan pengarah, Datuk Farid Kamil seperti yang didakwa artis itu dalam laporan polis pada 31 Januari lalu tampil bagi membantu siasatan.

    Ketua Polis Selangor, Datuk Mazlan Mansor berkata, dua individu terbabit ialah penyanyi daripada sebuah kumpulan R&B yang hanya dikenali sebagai Firdaus dan seorang rakan artis Ahmad Tajuddin atau Taj.


    “Setakat ini, kita dapat menghubungi kedua-dua individu terbabit namun mereka masih belum tampil di mana-mana balai polis bagi membantu siasatan. Maklumat yang kita diterima Firdaus berada di Johor manakala Taj tidak dapat dikesan. 


    “Oleh demikian, kita memberi masa sehingga esok kepada mereka bagi membantu siasatan. Sekiranya mereka gagal berbuat demikian, kita akan mengeluarkan gambar mereka,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.-UTUSAN ONLINE

    Subjects:

  • No Comment to " Isu Dadah: Polis Minta 2 Rakan Rrtis Farid Kamil Tampil "