• Isu Banjir Sarawak, Kerajaan Sudah Bertindak Sediakan Langkah Keselamatan

    Reporter: Yusz Man
    Published: Friday, 9 February 2018
    A- A+

    Keadaan banjir di Sarawak dalam keadaan terkawal dan langkah-langkah menangani keselamatan penduduk telah ditangani lebih awal oleh agensi-agensi persekutuan serta jawatankuasa khas mengenai bencana banjir diperingkat negeri.

    Ia diurus selia dengan baik dan kerjasama penduduk begitu diperlukan bagi bersama menjaga keselamatan mangsa banjir.

    Namun ada netizen yang cuba membuat propaganda isu banjir dan Perhimpunan Agung PBB ke-14. Netizen mendakwa wakil rakyat yang hadir ke perhimpunan PBB tidak mempedulikan nasib mangsa banjir negeri ini.

    Walhal sebelum perhimpunan PBB lagi wakil rakyat sudah turun padang dan menyiap segala bentuk bantuan dan jawatankuasa yang akan bertanggungjawab terhadap mangsa banjir.

    Malah sebelum berlaku banjir lagi kerajaan dan wakil rakyat sudah bermesyuarat tentang langkah dan tindakan sepatutnya apabila berlaku banjir di Sarawak.

    Jadi isu wakil rakyat yang tidak peduli terhadap mangsa banjir di kawasan adalah dakwaan yang tidak berfakta dan hanya bermotif propaganda politik semata-mata.

    Wakil rakyat yang hadir di perhimpunan Agung PBB merupakan antara perkara yang penting dan pada masa isu banjir tidak pernah diabaikan kerana segala persediaan sudah dilakukan lebih awal dan jawatankuasa bertindak tetap melakukan tugas yang diamanah dengan begitu baik agar segala bantuan disalur dengan baik kepada mangsa banjir. - Sarawakiana
  • No Comment to " Isu Banjir Sarawak, Kerajaan Sudah Bertindak Sediakan Langkah Keselamatan "