• Isteri Tak Pernah Cemburu - Alif Satar

    Published: Thursday, 1 February 2018
    A- A+

    KUALA LUMPUR: Kata orang, di sebalik kejayaan lelaki, ada wanita yang memberi sokongan di belakang.

    Begitulah yang disimpulkan penyanyi dan pengacara, Alif Satar, 28, apabila memperkatakan mengenai isteri kesayangan, Shadila Halid, 34, yang menjadi pengkritik utama dalam karier seninya.

    "Pengorbanan utama isteri adalah apabila dia mengambil keputusan meninggalkan kerjaya demi menjadi suri rumah sepenuh masa dan menjaga dua puteri kami.

    "Jadi saya tidak mahu mengkhianati kepercayaan isteri," katanya ditemui pada majlis showcase eksklusif bagi meraikan sahabat, peminat dan media di sini, petang tadi.

    Tambah Alif, isterinya tidak pernah meletakkan syarat tidak membenarkan dia berlakon dengan artis tertentu kerana cemburu.

    "Sebaliknya, isteri lebih menyarankan saya keluar dari zon selesa demi mengembangkan kerjaya seni.

    "Bagi saya, perkara utama adalah percaya. Ia elemen penting dalam rumah tangga. Kami masing-masing perlu tahu peranan diri sendiri, malah misi utama saya adalah untuk mencari rezeki untuk keluarga," katanya.

    Mengenai perkembangan kariernya, Alif berkata, tempoh 12 tahun dalam dunia seni banyak mendewasakan dirinya.

    "Banyak perkara yang saya lalui sebelum sampai ke peringkat ini. Saya menyimpan impian membawa bidang seni ke peringkat lebih gah di mata dunia... InsyaAllah. Semoga hasrat saya itu tercapai, suatu hari nanti," katanya.

    Membuka tirai dalam bidang pengacaraan tahun ini, Alif diberi tanggungjawab mengendalikan Anugerah Juara Lagu (AJL) Ke-32 bersama Sherry Al Hadad pada 11 Februari depan.-BHOnline

    Subjects:

  • No Comment to " Isteri Tak Pernah Cemburu - Alif Satar "