• Iran panggil duta isu telefon Samsung percuma di Olimpik

    Reporter: Yusz Man
    Published: Friday, 9 February 2018
    A- A+

    TEHRAN: Iran memberi amaran kepada gergasi elektronik Korea Selatan, Samsung berhubung 'kesan akibat tindakannya' hari ini selepas delegasinya ke Sukan Olimpik Musim Sejuk di Pyeongchang dikecualikan daripada menerima telefon pintar percuma.

    Agensi berita IRNA melaporkan, Duta Korea Selatan, Kim Seung-Ho, dipanggil oleh Kementerian Luar di sini.

    Kementerian membuat satu bantahan keras berhubung 'tingkah laku tidak jujur' Samsung bertentangan dengan semangat Sukan Olimpik.

    Duta itu memberi amaran, jika Samsung tidak memberi alasan munasabah, kesan buruk terhadap hubungan komersial antara Samsung Group dan Republik Islam Iran itu akan berterusan.

    Penganjur Olimpik berkata semalam, atlet dari Korea Utara dan Iran tidak akan mendapat manfaat daripada agihan 4,000 Edisi Khas Olimpik Galaxy Note 8 yang diberi.

    "Atlet Korea Utara dan Iran akan dikecualikan kerana sekatan sedia ada Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) ke atas dua negara," kata seorang jurucakap jawatankuasa penganjur Pyeongchang kepada AFP.

    Tidak jelas jika keputusan itu dibuat Samsung atau penganjur. -AFP

    Subjects:

  • No Comment to " Iran panggil duta isu telefon Samsung percuma di Olimpik "