• Iran, Korea Utara Ancaman Terbesar AS - Trump

    Reporter: Azmin Ramlie
    Published: Thursday, 1 February 2018
    A- A+
    WASHINGTON: Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump, memberi amaran dan berikrar untuk mengekang cita-cita Korea Utara, dengan peluru berpandunya.

    Dalam ucapan kebangsaan kepada Kongres dan rakyat negara itu, Trump berkata, 'cita-cita jahat' Pyongyang itu mungkin mengancam AS.

    "Kita melancarkan satu kempen tekanan maksimum untuk mencegah perkara itu daripada berlaku," katanya.

    Amaran Trump dibuat ketika seorang pakar dihormati Korea, disebut-sebut menjadi wakil Presiden ke Seoul, menarik diri sambil mengkritik cadangan serangan yang bakal berlaku.

    Setiausaha Negara AS, Rex Tillerson dan Setiausaha Pertahanan Jim Mattis menggesa satu strategi diplomatik untuk meyakinkan pemimpin Korea Utara, Kim Jong-Un supaya kembali ke meja rundingan.

    Pada masa sama, Trump meningkatkan sentimen pertikaiannya dengan Iran, berikrar menyokong bantahan jalanan menentang rejim ulama Tehran.

    Beliau turut menggambarkan Moscow dan Beijing sebagai cabaran kepada 'kepentingan, ekonomi dan nilai'.

    Dalam pada itu, Korea Utara membalas kenyataan AS, menuduh pentadbiran Trump sebagai sebuah kelab bilionair yang mengamalkan satu 'dasar rasisme' sambil menafikan kebebasan media dan perlindungan kesihatan kepada rakyatnya.

    Dokumen 'White Paper on Human Rights Violations in the U.S. in 2017' (Kertas Putih Pelanggaran Hak Asasi Manusia di AS pada 2017) dikeluarkan Institut Kajian Antarabangsa Republik Demokratik Korea dan diedarkan misi diplomatiknya di Geneva. - AFP/REUTERS

    Subjects:

  • No Comment to " Iran, Korea Utara Ancaman Terbesar AS - Trump "