• IOM Siap Sedia Hadapi Musim Banjir Di Kem Rohingya

    Reporter: Azmin Ramlie
    Published: Wednesday, 28 February 2018
    A- A+
    LONDON: Agensi bantuan mengukuhkan kem perlindungan, memindahkan tandas dan menyediakan latihan mencari dan menyelamat di kem pelarian terbesar dunia di Bangladesh sebelum hujan monsun menyerang April ini.

    Agensi penghijrahan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) memberi amaran, banjir kilat mungkin menghanyutkan perlindungan rapuh, menempatkan kira-kira 100,000 pelarian dan keluarga tempatan dalam kem penuh sesak di Cox's Bazar, menyediakan teduhan buat Rohingya yang lari dari Myanmar.

    "Mesej adalah jelas, kami tidak boleh memastikan semua orang selamat," kata jurucakap Pertubuhan Penghijrahan Antarabangsa (IOM), Fiona MacGregor menerusi telefon dari Cox's Bazar semalam.

    Beliau memberi amaran, 'kemungkinan besar' hujan monsun yang menghampiri akan mengakibatkan kematian dalam kem, dengan ribuan pelarian berisiko mendapat penyakit dan kekurangan bantuan jika banjir memutuskan akses ke beberapa bahagian penempatan.

    Hampir 700,000 Rohingya lari ke Bangladesh sejak keganasan memuncak Ogos lalu dan tinggal di cerun yang mungkin bertukar kepada lumpur apabila musim siklon menyerang, kata IOM.

    Pertahanan semula jadi seperti pokok dan tumbuhan lain dipotong untuk memberi ruang membuat penempatan di Cox's Bazar yang menampung lebih 900,000 Rohingya.

    MacGregor berkata, pondok dibina daripada kain tarpal dan buluh diperkukuh dengan tambahan penutup, tali dan beg pasir untuk menjadikannya lebih tahan.

    "Satu daripada masalah besar kami hadapi di sini adalah, ramai orang menggali pondok pada sudut 90 darjah di cerun, justeru ia memberi risiko dihanyutkan," katanya. -Reuters

    Subjects:

  • No Comment to " IOM Siap Sedia Hadapi Musim Banjir Di Kem Rohingya "