• Insiden Polis Terbunuh Aksi Liga Europa

    Reporter: Dayyan Mikhail
    Published: Friday, 23 February 2018
    A- A+

    MADRID: Seorang anggota polis Basque terbunuh ketika anggota keselamatan bertempur dengan penyokong kelab Russia, Spartak Moscow di bandaraya Bilbao tempat berlangsungnya saingan Liga Europa.

    “Kami boleh mengesahkan seorang anggota polis Basque terbunuh pada Khamis,” kata jurucakap polis wilayah Ertzaintza, sebentar tadi.

    Dia bagaimanapun enggan memberi komen kepada media Sepanyol bahawa pegawai itu mati akibat pergaduhan sebelum perlawanan berlangsung.

    Katanya, autopsi akan dilakukan sebelum mereka boleh memberi sebarang komen mengenai punca kematian.

    Lebih 500 anggota polis dihantar ke sana untuk perlawanan kedua yang berisiko tinggi itu.

    Sebelum itu, polis melakukan beberapa tangkapan ketika berlakunya keganasan yang menyebabkan kecederaan.

    “Lima ditahan. Kami tidak tahu sama ada mereka penyokong Spartak, namun ramai antara mereka adalah dari Russia,” kata jurucakap polis Ertzaintza.-AFP

    Subjects:

  • No Comment to " Insiden Polis Terbunuh Aksi Liga Europa "