• Individu Berkaliber Tinggi Wakili PKR Di Parlimen Limbang

    Published: Monday, 26 February 2018
    A- A+

    Parti Keadilan Rakyat (PKR) Sarawak bakal mengetengahkan calon yang merupakan seorang profesional dan berkaliber tinggi untuk bertanding di Parlimen Limbang pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14).

    Pengerusinya yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ba Kelalan Baru Bian berkata, parti tersebut mengenalpasti calon terbaik untuk menentang Barisan Nasional (BN).

    "Saya percaya individu ini akan memberi kejutan kepada penduduk di Limbang," katanya seperti yang dilaporkan The Borneo Post.

    Bagaimanapun, beliau tidak mendedahkan identiti individu tersebut.

    Menurutnya lagi, PKR Sarawak sudah mengenalpasti calon yang bertanding di kerusi yang diperuntukkan kepada parti tersebut.

    Tambahnya, Dr Michael Teo dijangka kembali diturunkan untuk mempertahankan parlimen Miri.-Sarawakiana


    Subjects:

  • No Comment to " Individu Berkaliber Tinggi Wakili PKR Di Parlimen Limbang "