• Ibu Keguguran Dek Sikap Tidak Prihatin Pengguna Jalan Raya

    Published: Thursday, 15 February 2018
    A- A+

    Hati ibu mana yang tidak terkilan, kandungannya yang berusia 13 minggu disahkan telah meninggal dunia akibat keguguran.

    Lebih menyedihkan, si ibu yang memandu bersendirian ke hospital cuba meminta laluan dari pengguna jalan raya lain dengan menyalakan lampu kecemasan dan sesekali membunyi hon.

    Malangnya, tiada sesiapa yang mengendahkannya. Sehinggalah beliau terpaksa meminta bantuan seorang anggota polis trafik.

    Walau bagaimanapun, segalanya sudah terlambat apabila doktor memaklumkan dia tidak dapat mengesan degupan jantung bayinya sebelum mengesahkan beliau keguguran.

    Beringatlah wahai pengguna jalan raya di Malaysia, berikan laluan kepada mereka yang benar-benar menghadapi kecemasan. Jangan sampai kejadian seperti ini berulang lagi, anda juga yang akan rasa bersalah di kemudian hari. Semoga menjadi pengajaran buat kita semua.

    Terima kasih polis trafik yang bertugas di Jalan Dato Kumbar, pagi semalam (8 Februari 2018 Khamis). Jalan sesak, dah beri lampu isyarat kecemasan, tetapi tiada sesiapa yang menghiraukan. Tiada sesiapa yang memberikan laluan sehingga terjumpa polis trafik yang bertugas di tepi jalan dan akhirnya dia membantu melancarkan perjalanan kami ke Putra Medical Centre (PMC).

    Bleeding. Risau dan takut terpaksa masuk wad berbulan-bulan seperti mengandung kali pertama dulu yang disebabkan Placenta Previa. Tetapi gagahkan diri juga untuk berani pergi checkup sebab sakit perut lain macam.

    Sampai di PMC, Doktor Kumar Ramasamy scan. Mummy nampak, ya mummy perasan tiada kelipan degupan jantung. Tiada bunyi.

    "Jantung baby doktor?" itu saja yang terkeluar dari mulut.

    Doktor terdiam. Allahuakbar, Allahuakbar. The very, the most calmness doctore ever Doctor Kumar I ever had. Explain nicely, very soft spoken.

    "Puan, jantung baby no heartbeat. Size should be 13 weeks tetapi ikut size scan, 12 weeks,"

    Allahuakbar.

    Mummy mengandungkan kamu tanpa alahan, tanpa morning sickness, tanpa mengidam apa-apa. Cuma mummy kurang makan tidak seperti first pregnant. Kamu sangat baik, behave walaupun mummy super duper sibuk dengan kerjaya mummy.

    Cuma perkataan ' Kamu menanti di syurga" buat mummy kuat. Kamu keluar dengan mudah. Mummy tak rasa sakit pun, tanpa injection. Terima kasih sayang. Awak sangat baik sampai awak nak keluar pun mummy tak sakit. Allah.

    Tunggu mummy dan daddy, syurgaku. Bersemadilah atas kubur nenek kamu sayang. Damailah bermain di sana. Terima kasih atas darjat tertinggi, saham tertinggi buatku Allah.-The Reporter

    Subjects:

  • No Comment to " Ibu Keguguran Dek Sikap Tidak Prihatin Pengguna Jalan Raya "