• “I Miss You Farid Kamil”

    Reporter: uMieySurianie
    Published: Sunday, 4 February 2018
    A- A+


    PELAKON dan pengarah Datuk Farid Kamil menarik perhatian pengikutnya di Instagram apabila memuat naik gambar bersama isteri, Datin Diana Danielle dan anak lelaki mereka iaitu Muhammad.

    Farid, 37, menerusi kapsyen pada gambar tersebut menggunakan pepatah Melayu yang berbunyi 'bersatu kita teguh, bercerai kita roboh' yang seolah-olah memberi gambar berhubung situasi terpaksa dihadapinya sejak akhir-akhir ini.

    Pada kapsyen sama, Farid turut menggunakan tanda pagar #kamixramai tapi kami ada #X dipercayai merujuk kepada kekuatan hubungannya dengan Diana dalam mengharungi dugaan tersebut.

    'Bersatu kita teguh, bercerai kita roboh' membawa maksud; sekiranya kita bersatu dan bekerjasama maka kita akan dapat berjaya atau peroleh kemenangan. Tetapi sekirang kita berselisih dan bergaduh antara satu sama lain, maka kita akan kalah.

    Sebelum ini, Farid menjelaskan hubungannya dengan isteri tidak mempunyai sebarang masalah seperti mana digembar-gemburkan.

    Malah kata Farid, dia bersyukur mempunyai isteri dan anak-anak, Muhammd yang kini berusia 5 tahun dan Aurora, 3, disampingnya.

    Dalam pada itu, Diana menerusi InstaStory di Instagram miliknya pula turut meninggalkan kapsyen romantis ditujukan kepada Farid berbunyi 'I miss you @faridkamilz'.

    Sementara itu, pengikut Farid di Instagram rata-rata mendoakan kebahagian rumah tangga pasangan itu akan berkekalan dan sentiasa dalam lindungan Allah.

    Ramai juga menasihatkan agar pasangan itu terus tabah menghadapi ujian kerana setiap apa yang berlaku pasti mempunyai hikmah disebaliknya. - mStar







    Subjects:

  • No Comment to " “I Miss You Farid Kamil” "