• Hutang 1MDB RM42 Bilion Boleh Dibayar, Bukan Macam Kerugian Forex - PM Najib

    Reporter: uMieySurianie
    Published: Friday, 2 February 2018
    A- A+

    PUTRAJAYA: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mengakui 1Malaysia Development Berhad (1MDB) menanggung hutang berjumlah RM42 bilion.

    Bagaimanapun tegasnya, hutang itu mampu dibayar semula melalui aset yang dimiliki syarikat pelaburan negara tersebut.

    “1MDB ini pun janganlah kita kutuk sangat. Sampai kebaikannya pun kita tidak nampak sama sekali.

    “Jangan fitnah kata RM42 bilion lesap. RM42 bilion tak lesap. Itu hutang. Hutang boleh kita lunaskan melalui aset yang lebih.

    “Ini yang sedang kita laksanakan dengan gigih. Kalau tak betul, kita betulkan. Kalau ada kepincangan kita ambil tindakan,” katanya semasa berucap pada Majlis Penyerahan Surat Tawaran Program Khas Haji PM tajaan Yayasan 1MDB di Masjid Putra di sini hari ini.

    Dalam pada itu, Najib menegaskan kerugian jual beli mata wang asing (forex) Bank Negara Malaysia yang dilakukan bekas pemimpin negara sebelum ini berjumlah RM31 bilion lebih besar kerugiannya.

    “Janganlah kita kata hilang duit (atau) kerugian besar.

    “Itu kerugian forex berjumlah RM31 bilion itu lebih besar kerugian kepada negara kita. Dalam zaman siapa? Dalam zaman orang yang kata kononnya haji (tajaan) 1MDB ini tidak mabrur, Tuhan tak terima,” ujarnya. - Awani

    Subjects:

  • No Comment to " Hutang 1MDB RM42 Bilion Boleh Dibayar, Bukan Macam Kerugian Forex - PM Najib "