• Hotel Tertinggi Di Dunia Dibuka

    Reporter: Bukan Nama Sebenar
    Published: Monday, 12 February 2018
    A- A+


    DUBAI – Hotel Genova yang menjadi hotel tertinggi di dunia dengan ketinggian 356 meter akan dibuka kepada para tetamu pada hari ini.

    Ketinggian hotel baru itu mengatasi Hotel JW Marriott Marquia setinggi 355 meter.

    Hotel Genova setinggi 75 tingkat dengan 528 bilik terletak di 101 Sheikh Zayed Road, bersebelahan dengan Hotel Rose Rayhaan By Rotana yang pernah memegang rekod hotel tertinggi sebelum ini dengan ketinggian 333 meter.

    Ketinggian Hotel Genova diukur dari paras tanah hingga paras tertinggi bangunannya.

    Selain memiliki hotel tertinggi, Burj Khalifa masih kekal sebagai bangunan pencakar langit di dunia dengan ketinggian 828 meter. – Agensi

    Subjects:

  • No Comment to " Hotel Tertinggi Di Dunia Dibuka "