• Hormati perlambangan haiwan masyarakat Cina - Jakim

    Reporter: Admin
    Published: Tuesday, 6 February 2018
    A- A+
    KUALA LUMPUR 6 Feb. - Semua pihak seharusnya menghormati perlambangan haiwan yang digunakan oleh masyarakat Cina yang akan menyambut perayaan Tahun Baharu Cina pada 16 dan 17 Februari ini.

    Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), Tan Sri Othman Mustapha berkata, perkara ini berikutan selaras dengan pendekatan wasatiyyah dalam Islam yang telah menjadi salah satu dasar kerajaan.

    “Merujuk kepada konsep fiqh ta’ayush (kebersamaan) masyarakat yang berlainan agama tidak boleh menghina atau mengkritik adat warisan yang digunakan agama lain dalam menyambut sesuatu perayaan.

    “Justeru, semangat kebersamaan dalam perkara ini perlu difahami secara bijaksana dan berhikmah oleh semua pihak demi mengekalkan perpaduan dalam kalangan masyarakat berbilang kaum dan agama di negara ini,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini. - UTUSAN ONLINE


    Subjects:

    Nasional
  • No Comment to " Hormati perlambangan haiwan masyarakat Cina - Jakim "