• Hina, Fitnah Menteri, “Lie Willies” Masih Bebas

    Reporter: Bukan Nama Sebenar
    Published: Wednesday, 21 February 2018
    A- A+

    KUALA LUMPUR – Pertubuhan Nadi Rakyat Malaysia berharap pihak berkuasa dan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) tidak terlepas pandang perbuatan seorang pemegang akaun laman sosial Facebook Lie Willies yang menghina dan memfitnah Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Nancy Shukri.

    Pengerusinya, Rafi Awang Kechik berkata, tindakan tegas harus diambil ke atas pemilik akaun facebook itu kerana bahasanya sangat biadab apabila menuduh menteri berkenaan sebagai pelacur.

    “Nadi Rakyat mohon polis, Kementerian Dalam Negeri (KDN) dan SKKM mengambil tindakan tegas berdasarkan laporan yang telah dibuat bagi membolehkan polis membuka kertas siasatan.

    “Pada kita, status yang dipaparkan oleh penama Lie Willies “die (Nancy) ni kalau tak jadi menteri memang jadi pelacor (pelacur)” sebagai kurang ajar dan biadab,” katanya dalam kenyataan di sini, semalam.

    Menurut Rafi, pemilik akaun Facebook itu harus ditangkap dan dihadapkan ke muka pengadilan sebagai pengajaran kepada yang lain agar tidak menjadikan fitnah sebagai budaya dan amalan.

    Kata beliau, tindakan segelintir pemilik akaun facebook sewenang-wenangnya menabur fitnah kepada pemimpin kerajaan patut dikekang.

    “Kita tidak mahu membudayakan fitnah dan mengajar generasi anakank kita bersikap kurang ajar.

    “Jika budaya komen menggunakan bahasa kesat da naib serta fitnah ini dibiarkan, ia akan memberi kesan kepada minda rakyat Malaysia,” katanya.

    Beliau turut mempersoalkan kelambatan pihak berkuasa mengambil tindakan ke atas Lie Willies.

    “Sudah kerap menteri ini difitnah, dihina dan dikeji oleh pemilik facebook ini, tetapi sampai sekarang tidak ada tindakan baik diambil ke atas pemilik akaun ini.

    “Sukar sangatkah untuk mengesan siapa orangnya di sebalik nama ini? Selagi tidak dihukum golongan seperti ini akan terus bermaharajalela dan menganggap mereka kebal dari segala tindakan undang-undang sehingga boleh buat apa sahaja termasuk fitnah,” katanya.

    Beliau menjelaskan, rakyat Malaysia kini sedang berdepan dengan krisis identiti yang cukup parah. – MalaysiaGazette

    Subjects:

  • No Comment to " Hina, Fitnah Menteri, “Lie Willies” Masih Bebas "