• Helikopter Terhempas Atas Van Bawa Mangsa Gempa

    Reporter: Bukan Nama Sebenar
    Published: Monday, 19 February 2018
    A- A+


    MEXICO CITY: Sekurang-kurangnya 14 termasuk tiga kanak-kanak terkorban manakala 21 lagi cedera selepas sebuah helikopter membawa pegawai kanan sedang menilai kerosakan gempa bumi di Mexico yang berkekuatan 7.2 skala Ritcher pada Jumaat lalu terhempas secara tiba-tiba.

    Media tempatan melaporkan menteri dalam negeri dan gabenor negeri Oaxaca bagaimanapun tidak cedera dalam kejadian itu.

    "Siasatan awal mendapati juruterbang terbabit hilang kawalan ketika ia cuba mendarat di perkampungan Santiago Jamiltepec berhampiran pusat gempa. Helikopter tentera itu terhempas di atas beberapa van yang membawa mangsa terselamat," kata Menteri Dalam Negeri, Alfonso Navarrete.

    Sementara itu, beberapa saksi memberitahu bekalan elektrik terputus dan keadaan gelap di sekitar kampung tersebut ketika helikopter terbabit cuba mendarat.

    "Ia mengelilingi kampung itu beberapa kali dan menyebabkan debu tebal hingga menjejaskan jarak penglihatan," jelas salah seorang saksi.

    - BBC/Sinar Harian

    Subjects:

  • No Comment to " Helikopter Terhempas Atas Van Bawa Mangsa Gempa "