• Harga Petrol, Diesel Turun

    Reporter: uMieySurianie
    Published: Wednesday, 21 February 2018
    A- A+


    KUALA LUMPUR: Harga runcit petrol dan diesel bagi tempoh 22 Februari hingga 28 Februari turun antara 6 dan 7 sen.

    Harga runcit RON95 turun kepada RM2.17 seliter berbanding RM2.23 minggu sebelumnya manakala RON97 ialah RM2.43 seliter berbanding RM2.50 sebelum ini.

    Harga bagi diesel pula turun kepada RM2.13 seliter berbanding RM2.19 minggu sebelum ini.

    Penurunan harga itu berkuat kuasa pada jam 12.01 tengah malam ini.

    Harga baharu itu diumumkan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) menerusi laman Facebook rasminya, hari ini.

    Mekanisme pengumuman harga minyak secara mingguan itu mula berkuat kuasa pada 29 Mac tahun lalu.

    Harga petrol dan diesel diletakkan di bawah sistem apungan terkawal secara bulanan sejak 1 Disember 2014, berikutan penghapusan subsidi minyak. - BH Online

    Subjects:

  • No Comment to " Harga Petrol, Diesel Turun "