• Hanya Mawan Mampu Bawa Kemengan Kepada BN Di Saratok

    Published: Friday, 2 February 2018
    A- A+


    Beberapa pemimpin masyarakat di Saratok mendakwa hanya Tan Sri William Mawan Ikom yang mampu mengekalkan Barisan Nasional (BN) di kerusi Parlimen Saratok.\

    Memetik laporan The Borneo Post, Pemanca Edward Gella Baul berkata parti BN kuat di Saratok disebabkan Mawan kerana beliau menjaga hubungan yang baik dengan penduduk setempat.

    "Dalam penilaian saya, gerakan Barisan Nasional kuat di Saratok adalah disebabkan YB Tan Sri William Mawan, dan orang ramai telah berjanji untuk mengikutinya ke mana sahaja beliau akan pergi.

    "Kekuatan hubungannya dengan rakyat tidak dapat ditandingi dan beliau satu-satunya calon yang bersedia menghadapi cabaran mendapatkan kerusi untuk BN," katanya.

    Edward menambah, beliau tidak mahu sentimen positif yang dibawa BN ke Saratok berkecai begitu sahaja akibat masalah kecil dalam parti.

    Merujuk kepada perhimpunan pemimpin masyarakat di Rumah Rehat Saratok Selasa lepas, Edward berkata perhimpunan tersebut adalah sebagai perbincangan mengenai kontroversi pemilihan calon untuk Parlimen Saratok.

    "Pilihan raya yang akan datang adalah sangat mencabar kerana ia akan menentukan nasib dan harapan masyarakat Iban di Saratok," ujarnya. - Sarawakiana

    Subjects:

  • No Comment to " Hanya Mawan Mampu Bawa Kemengan Kepada BN Di Saratok "