• Gunakan Wang Simpanan Ibu Untuk Main Video Game

    Published: Thursday, 1 February 2018
    A- A+

    Naya… Seorang budak yang menghidap leukemia, telah menghabiskan wang simpanan ibunya sebanyak RM93,984 untuk permainan video game King Of Glory.

    Dia yang menjadi ketagih dengan permainan berkenaan tidak menyedari bahawa wang itu adalah untuk digunakan bagi merawat penyakit leukemia yang dialaminya.

    Ibunya, Lai Donghong dari Guangzhou, China hanya menyedari mengenai keadaan itu selepas dia cuba membayar wang untuk perubatan anaknya yang berusia 10 tahun itu.

    Lai terkejut apabila mendapati wang itu telah habis. Dia kemudian ke bank dan terkejut apabila mendapati terdapat transaksi lima atau enam kali dalam bulan ini sahaja, telah digunakan untuk pembayaran video game.

    Setiap kali anaknya membuat transaksi berkenaan, sebanyak RM4,795 akan ditolak untuk setiap game. ‘King of Glory’ merupakan permainan popular di media sosial di China.

    Ia melibatkan beberapa pemain maya. Ia digelar sebagai `dadah internet’ oleh media China. Permainan itu boleh menarik 50 juta orang untuk bermainnya pada satu-satu masa.

    Dalam pada itu, anaknya memberitahu wartawan Beijing Evening News bahawa dia telah memindahkan wang daripada akaun WeChat ibunya ke akaun WeChat sendiri sebelum bermain permainan itu.

    WeChat merupakan platform media sosial di China dan digunakan untuk pelbagai fungsi termasuk sebagai dompet digital.

    Beijing Evening News melaporkan bahawa Lai berupaya mendapat kembali satu pertiga daripada wang berkenaan selepas menjelaskan keadaannya kepada syarikat yang menghasilkan video game itu. – MYNEWSHUB.CC

    Subjects:

  • No Comment to " Gunakan Wang Simpanan Ibu Untuk Main Video Game "