• Guan Eng menipu. Ramasamy adalah ahli majlis yang bertanggungjawab menasihati kerajaan negeri berkenaan pengangkutan

    Published: Thursday, 15 February 2018
    A- A+
    Tulisan asal oleh:
    Raggie Jessy, The Third Force, 14 Februari 2018

    Lim Guan Eng salah dalam keputusannya hari ini untuk mengkritik SPRM kerana mengambil kenyataan P. Ramasamy. Menurut Ketua Menteri Pulau Pinang itu, tidak ada alasan bagi agensi anti-rasuah itu memanggil timbalannya kerana portfolionya dalam kerajaan negeri tidak berkaitan dengan projek Terowong Dasar Laut Pulau Pinang.

    Walau bagaimanapun, apa yang Ketua Menteri gagal nyatakan ialah keahlian timbalannya dengan Majlis Pengangkutan Pulau Pinang (PTC). Keahliannya, yang berkuatkuasa pada 14 Jun 2016, bakal tamat pada 18 Mei 2018 (https://www.thethirdforce.net/wp-content/uploads/2018/02/Senarai-nama-Ahli-Majlis-PTC-_2016-2018_.pdf). Dalam situasi ini, Ramasamy masih lagi ahli majlis yang ditugaskan menasihatkan kerajaan negeri dan pihak berkuasa berkaitan mengenai semua isu pengangkutan di negeri ini.

    Oleh sebab alasan ini, kita dapat membuat kesimpulan bahawa Timbalan Ketua Menteri itu sebenarnya bertanggungjawab untuk projek terowong itu tidak kiralah betapa besarnya tanggungjawab itu.

    Berdasarkan ini dan hakikat bahawa PTC bertanggungjawab untuk mencadangkan Pelan Induk Pengangkutan Pulau Pinang (TMP) yang mana termasuklah projek terowong itu, Guan Eng menipu rakyat Malaysia supaya memikirkan bahawa SPRM mengganggu kerajaan negeri dengan mengisytiharkan bahawa agensi anti-rasuah itu "menjalankan siasatan yang bermotivasi politik" (LIHAT ITEM BERITA DI BAWAH).

    Kenyataan menghasut ini dibuat dengan niat sengaja untuk memburuk-burukkan kedua-dua agensi anti-rasuah dan juga gabungan pemerintah, Barisan Nasional. Ketua Menteri itu juga, pada masa lalu, telah menuduh gabungan pemerintah itu sebagai "mensabotaj projek terowong itu" mencadangkan bahawa SPRM sedang cuba untuk mengganggu kerajaan negeri. Terdapat lebih daripada satu kali di mana beliau mengaitkan agensi anti-rasuah itu sendiri dengan tindakan ketidakadilan.

    Tidak mungkin Guan Eng tidak mengetahui tentang perlantikan Ramasamy ke PTC kerana semua pelantikan dalam majlis itu memerlukan persetujuan beliau terlebih dahulu. Untuk pengetahuan umum, majlis itu dipengerusikan bersama oleh Yang Berhormat (YB) Lim Hock Seng yang juga merupakan Exco Negeri yang bertanggungjawab bagi Kerja Raya, Kemudahan Awam dan Pengangkutan.

    Berdasarkan semua perkara di atas, saya dengan ini menuntut agar Guan Eng menarik balik tuduhannya terhadap SPRM dan memohon maaf kepada kedua-dua agensi anti-rasuah dan gabungan pemerintah Barisan Nasional kerana mencadangkan bahawa konspirasi politik oleh pihak-pihak yang disebutkan di atas untuk merosakkan kerajaan negeri Pulau Pinang wujud.

    ***

    GEORGE TOWN: Exco negeri Pulau Pinang membantah tindakan Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang II P. Ramasamy dipanggil oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk menyiasat projek terowong dasar laut dan tiga jalan berpasangan.

    Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng berkata portfolio Ramasamy tidak berkaitan dengan projek infrastruktur, jadi tidak ada sebab untuk SPRM memanggilnya sebagai saksi.

    "Portfolionya dalam pendidikan dan perpustakaan, apa kaitannya dengan projek terowong daar laut?

    "Mereka memanggil Exco negeri Lim Hock Seng pada hari semalam, kami faham, kerana itu adalah portfolionya," katanya dalam sidang akhbar di pejabatnya hari ini.

    Ramasamy pergi ke ibu pejabat SPRM di sini kira-kira 8.50 pagi hari ini untuk memberikan kenyataannya.

    Semalam, Hock Seng, yang memegang portfolio kerja-kerja awam dan utiliti, menghabiskan lebih daripada 12 jam di pejabat SPRM untuk memberikan kenyataannya.

    Guan Eng melahirkan rasa terkejut bahawa Ramasamy juga dipanggil terutamanya apabila Ramasamy tidak terlibat dalam projek itu sama sekali.

    "Saya percaya semua exco negeri juga akan disiasat kerana mereka yang tidak terlibat dalamnya juga telah dipanggil," katanya.

    Beliau berkata SPRM belum memanggilnya lagi setakat ini tetapi beliau sudah bersedia untuk disiasat.

    Beliau menuduh agensi anti-rasuah itu mengganggu kerajaan negeri dan menggunakan ini untuk mempengaruhi imej negeri.

    "Mereka melakukan siasatan yang bermotivasikan politik dan kami tidak akan berdiam tentang perkara ini," katanya.

    SPRM memulakan siasatan ke dalam projek terowong dasar laut bernilai RM6.3 bilion pada 2016 dan meneruskan siasatan itu bulan lepas.

    Agensi itu telah menahan empat eksekutif kanan untuk disoal siasat dalam siasatan ke atas kes itu dan melakukan serbuan di pelbagai pejabat termasuk agensi kerajaan negeri bulan lepas.

    Link asal artikel:
    https://www.thethirdforce.net/guan-eng-lied-ramasamy-is-member-of-a-council-responsible-for-advising-state-government-on-transportation/

    Subjects:

  • No Comment to " Guan Eng menipu. Ramasamy adalah ahli majlis yang bertanggungjawab menasihati kerajaan negeri berkenaan pengangkutan "