• Google Tutup Aplikasi Blued

    Published: Friday, 2 February 2018
    A- A+

    JAKARTA – Syarikat Alphabet Inc’s Google (Google) menutup salah satu daripada aplikasi temu janji gay terbesar di dunia versi Indonesia, Blued di Play Store sebagai respons terhadap tuntutan kerajaan, kata Jakarta semalam, di tengah-tengah keruntuhan komuniti Lesbian, Gay, Biseksual dan Transgender (LGBT).

    Pegawai-pegawai turut meminta gergasi teknologi itu untuk menyekat 73 aplikasi berkaitan dengan LGBT termasuk perkhid­matan temu janji daripada Play Store dan menggesa orang ramai menghindari aplikasi yang merosakkan norma budaya negara majoriti Islam terbesar itu.

    
Jurucakap Kementerian Komunikasi, Noor Iza semalam mengesahkan aplikasi Blued yang digunakan oleh 27 juta pengguna seluruh dunia tidak akan timbul dalam Google Play Store untuk pengguna di Indonesia.

    “Terdapat kandungan negatif berkaitan pornografi di dalam aplikasi tersebut. Kemungkinan seorang atau beberapa pengguna aplikasi tersebut meletakkan gambar lucah dalam kandungannya,”kata Noor Iza kepada agensi berita AFP.

    Sehingga semalam, aplikasi Blued masih boleh dimuat turun daripada App Store milik Apple.

    Google bagaimanapun enggan mengatakan sama ada ia akan menurut tuntutan kerajaan untuk mengeluarkan berpuluh-puluh aplikasi lain berkaitan LGBT.

    Homoseksual adalah sah di Indonesia kecuali di wilayah konservatif Aceh yang tertakluk bawah undang-undang Islam, namun hubungan sejenis selalu diejek dan kebahagiaan pasangan gay di tempat awam tidak pernah ditunjukkan. – AFP

    Subjects:

  • No Comment to " Google Tutup Aplikasi Blued "