• Gara-Gara Enggan Teman Ke Parti, Penyanyi Wanita Ditembak Mati

    Reporter: Azmin Ramlie
    Published: Monday, 5 February 2018
    A- A+
    MARDAN: Gara-gara enggan melayan permintaan untuk menemani mereka ke sebuah parti tertutup, tiga lelaki bertindak nekad menembak mati seorang penyanyi wanita di Pakistan.

    Kejadian itu berlaku pada Sabtu di bandar raya barat laut Mardan negara itu.

    Artis yang hanya dikenali sebagai Sumbul itu ditembak beberapa kali di rumahnya selepas lelaki bersenjata itu memecah masuk kediaman beliau dan memaksanya untuk mengikut mereka.

    Pihak polis berkata mereka kemudiannya melarikan diri selepas membunuh penyanyi itu dan usaha gerakan memburu kesemua lelaki berkenaan sedang giat dijalankan.

    Polis juga mendakwa beberapa serangan terhadap penyanyi dan artis wanita lain di beberapa bahagian negara itu yang mirip kejadian yang menimpa Sumbul turut dilaporkan sebelum ini. - AstroAwani

    Subjects:

  • No Comment to " Gara-Gara Enggan Teman Ke Parti, Penyanyi Wanita Ditembak Mati "