• Gantung Diri Lepas Bunuh Rakan

    Reporter: Bukan Nama Sebenar
    Published: Sunday, 18 February 2018
    A- A+


    SELAYANG: Seorang pekerja menggantung diri di hadapan kedai runcit di Taman Selayang, Batu Caves, dekat sini, tengah malam tadi, selepas dipercayai membunuh rakan sekerjanya.

    Dalam kejadian kira-kira jam 12.30 tengah malam itu, polis mendapati seorang lelaki yang juga pemilik kedai runcit cedera parah gara-gara cuba meleraikan pergaduhan pekerjanya.

    Sumber polis berkata, pihaknya mendapat maklumat daripada orang awam berhubung kejadian selepas terdengar kekecohan di premis berkenaan.

    "Hasil pemeriksaan polis, seorang dari pekerja ditemui tidak sedarkan diri dipercayai meninggal dunia di bahagian belakang kedai dengan kesan tikaman.

    "Siasatan awal juga mendapati seorang lagi pekerja bertindak menggantung diri di hadapan kedai selepas menikam rakan sekerjanya," katanya.

    Sementara itu, Ketua Polis Daerah Gombak Asisten Komisioner Ali Ahmad mengesahkan kejadian berkenaan dan motif kejadian masih dalam siasatan.-BH

    Subjects:

  • No Comment to " Gantung Diri Lepas Bunuh Rakan "