• Ganjaran RM1,000 Jika Temui Jem

    Reporter: Azmin Ramlie
    Published: Wednesday, 21 February 2018
    A- A+
    KUALA LUMPUR: Selepas hampir sebulan kehilangan kucing kesayangan keluarga, aktres, Nur Fazura Sharifuddin, menawarkan ganjaran wang tunai berjumlah RM1,000 kepada sesiapa yang menjumpai haiwan peliharaan itu.

    Isteri kepada pelakon, Fattah Amin, itu mendedahkan kucing milik ibunya yang bernama Jem belum ditemui selepas kali terakhir dilihat di Sunway Damansara akhir bulan lalu.

    "Masih hilang. Tolong cari kucing saya, kali terakhir kelihatan di Parkville Sunway Damansara. Ganjaran sebanyak RM1,000 menunggu anda," katanya menerusi aplikasi Insta Story di Instagram peribadinya.

    Terdahulu, pada 30 Januari lalu, bintang Ayat-Ayat Cinta 2 ini memuatnaik status buat kali pertama mengenai haiwan terbabit yang dikatakan sudah hilang selama seminggu.

    Akui pelakon berkenaan dalam status sama, dia terpaksa membuat pengumuman menerusi laman sosial disebabkan kesukaran menampal poster mengenai kehilangan haiwan itu di kawasan kediaman ibunya.

    Turut menyertakan gambar kucing betina berbulu lebat berwarna kelabu keperangan itu, Fazura, 34, meminta sesiapa yang mempunyai maklumat atau ternampak kucing berkenaan agar dapat memaklumkan kepadanya menerusi mesej.

    "Tolong DM (mesej terus) saya jika anda melihat atau ada maklumat mengenai Jem. Ada ganjaran wang tunai menunggu. Kami sayang Jem dan merinduinya," kata Fazura yang ketika itu belum mendedahkan jumlah ganjaran terbabit. - BHOnline

    Subjects:

  • No Comment to " Ganjaran RM1,000 Jika Temui Jem "