• Gaduh Kerana Berebut Lif

    Reporter: Bukan Nama Sebenar
    Published: Friday, 23 February 2018
    A- A+


    KUALA LUMPUR : Seramai 17 lelaki terdiri daripada 10 warganegara Indonesia dan tujuh Bangladesh yang video pergaduhan mereka tular hari ini sudah direman dan dijangka dibebaskan hari ini.

    Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Kuala Lumpur, Senior Asisten Komisioner Rusdi Mohd. Isa berkata, mereka telah direman bagi membantu siasatan pergaduhan di sebuah tapak pembinaan pada 10 Februari lalu.

    Katanya, pergaduhan di tapak pembinaan di Jalan Bukit Indah 1, Bukit Jalil di sini itu berpunca daripada pekerja tersebut berebut untuk menaiki lif sebelum ia merebak membabitkan kumpulan dari dua negara.

    “Puncanya kerana salah seorang suspek lelaki warga Indonesia terpaksa menunggu lif untuk turun ke tingkat bawah dari tingkat 16 dan berlaku perebutan semasa hendak turun menggunakan lif sebelum berlaku tolak-menolak serta tumbuk menumbuk,” katanya dalam satu kenyataan.

    Pergaduhan itu dirakam dalam video berdurasi 33 saat di mana sekumpulan pekerja buruh binaan dilihat saling berkejaran sambil menjerit di atas bumbung sebuah bangunan yang masih dalam pembinaan.

    Rakaman berkenaan dimuatnaik di laman Facebook dan mulai tular sejak pagi tadi.

    Tambah Rusdi, susulan kejadian itu, tiga warga Bangladesh dan seorang warga Indonesia cedera dan dibawa ke Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (PPUKM). – UTUSAN ONLINE

    Subjects:

  • No Comment to " Gaduh Kerana Berebut Lif "