• Gadis Siar Gambar 'Tinggal Tulang' Di Media Sosial Dedah Penderaan

    Published: Monday, 12 February 2018
    A- A+


    SEORANG wanita di Jepun yang menderita didera datuknya akhirnya mengambil langkah berani dengan menyiarkan gambar kurus kering dirinya di media sosial.

    Wanita Jepun itu yang hanya memperkenalkan dirinya sebagai 'Wild Cabbage' di Twitter berkata 10 tahun lalu dia tinggal dengan datuknya dan sering dibiarkan kebuluran.

    Wanita dari Kyoto itu dalam tweetnya mendakwa dia dilarang makan oleh datuknya, yang akan 'menendang perut saya' jika ditangkap sedang makan secara rahsia.

    Dia kemudiannya akan meludah atau memuntahkan makanan tersebut, menurut laporan, menyebabkan berat badannya turun kepada 16.7kg.

    Gambar-gambar selfie yang diambil di depan cermin di rumahnya sedekad lalu menunjukkan foto luar biasa seorang perempuan yang hanya tinggal kulit dan tulang.

    Dalam posting di media sosialnya, dia menggesa mereka yang menderita kerana penyalahgunaan atau mengalami gangguan makan tidak membiarkannya berlanjutan dengan menyatakan mereka harus 'meminta bantuan sebelum terlambat'.


    Wanita yang hanya dikenali 'Wild Cabbage' (kiri) akhirnya pulih selepas diselamatkan.

    Nasibnya baik kerana dia yang kini berusia 20-an akhirnya pulih, dengan pakar memberitahu dia, ketika diselamatkan berada '10 minit dari kematian'.

    Dia tidak mendedahkan apa yang berlaku kepada datuknya atau sama ada terdapat saudara-mara lain yang membantunya pada masa itu. -metroUK

    Subjects:

  • No Comment to " Gadis Siar Gambar 'Tinggal Tulang' Di Media Sosial Dedah Penderaan "