• FDA arah tarik balik suplemen mengandungi serbuk ketum

    Reporter: Admin
    Published: Friday, 23 February 2018
    A- A+
    WASHINGTON 23 Feb. - Pentadbiran Makanan dan Ubat-ubatan Amerika Syarikat (FDA) mengarahkan untuk menarik balik semua produk makanan kesihatan berasaskan tenusu yang mengandungi serbuk daun ketum.

    Portal beriata MCVB melaporkan, produk-produk tersebut sudah dipasarkan di seluruh AS menerusi pelbagai jenama termasuk Botany Bay, Enhance Your Life dan Divinity yang dihasilkan oleh Syarikat Divinity Products Distribution of Grain Valley di Missouri.

    Pesuruhjaya FDA, Scott Gottlieb berkata, berdasarkan data saintifik yang diperoleh, serbuk daun ketum boleh mengakibatkan ketagihan seperti dadah lain serta kematian jika terlebih penggunaan.

    “Pada masa yang sama, tidak dapat dibuktikan daun ketum adalah selamat atau berkesan digunakan untuk tujuan perubatan,” katanya.

    Menurut Persatuan Ketum Amerika Syarikat (AS), terdapat kira-kira tiga hingga lima juta pengguna dadah tersebut di negara ini.

    FDA turut mendedahkan sebanyak 44 kematian direkodkan akibat pengambilan makanan tambahan yang mengandungi serbuk daun ketum sejak 2011.

    Tumbuhan yang berasal dari Malaysia itu sering digunakan untuk merawat pelbagai penyakit secara tradisional. - Utusan

    Subjects:

  • No Comment to " FDA arah tarik balik suplemen mengandungi serbuk ketum "