• Fattzura dilantik duta kad debit Maybank

    Reporter: Yusz Man
    Published: Thursday, 22 February 2018
    A- A+


    PASANGAN pelakon Fattah Amin dan Fazura dilantik sebagai duta jenama rasmi kad debit Maybank bagi menggalakkan golongan muda melakukan transaksi tanpa tunai.

    Ketua Kad Kumpulan Perkhidmatan Kewangan Komuniti (CFS) Maybank, B Ravintharan berkata, kerjasama selama setahun antara Maybank dan pasangan berkenaan bertujuan mempromosikan penggunaan kad debit di kalangan mereka yang berusia antara 21 hingga 40 tahun yang juga dikenali sebagai Gen-Y.

    “Pada tahun 2017, kami menyaksikan peningkatan ketara dalam jumlah transaksi kad debit dengan mencatatkan lebih 65 juta transaksi bernilai lebih RM11 bilion.

    “Produk kad debit kami telah berkembang menjadi lapan varian produk yang berbeza dengan lebih sembilan juta pemegang kad debit yang aktif,” katanya selepas majlis pelantikan rasmi duta kad debit Maybank di Kuala Lumpur, hari ini.

    Serentak dengan pelantikan berkenaan, Maybank melancarkan kempen penggunaan kad debit selama tiga bulan sehingga 15 Mei depan yang menawarkan pakej percutian bersama pasangan FattZura kepada lima pasangan bertuah.-BHOnline

    Subjects:

  • No Comment to " Fattzura dilantik duta kad debit Maybank "