• Fatimah Ketua Wanita PBB Baharu

    Published: Friday, 2 February 2018
    A- A+

    Dato Sri Fatimah Abdullah dijangka bakal menggantikan Tan Sri Empiang Jabu sebagai Ketua Wanita Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) selepas Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg menasihatkan supaya jawatan tersebut tidak dipertandingkan.

    Empiang berkata, berdasarkan persetujuan bersama, Fatimah akan menggantikannya untuk mengelak berlakunya pertandingan bagi jawatan tersebut.

    "Secara logik dan dengan sokongan semua cawangan, tiada pertandingan untuk jawatan Ketua Wanita, jadi Fatimah akan menjadi Ketua Wanita seterusnya," katanya seperti yang dilaporkan The Borneo Post.

    Menurutnya, beliau gembira dengan kepimpinan baharu Wanita yang dianggotai golongan muda dan berpendidikan.

    "Ahli majlis tertinggi akan melibatkan mula lama yang sudah biasa di peringkat akar umbi," ujarnya.

    Empiang menjelaskan, beliau meletakkan jawatan sebagai Ketua Wanita bukannya daripada parti.

    "Saya meletak jawatan sebagai Ketua Wanita. Saya bukan meletak jawatan daripada parti. Saya akan berusaha membantu jika perkhidmatan saya diperlukan dalam kepimpinan Wanita," jelasnya.-Sarawakiana




    Subjects:

  • No Comment to " Fatimah Ketua Wanita PBB Baharu "