• Facebook Langgar Undang-undang Pilihan Raya Seattle

    Reporter: uMieySurianie
    Published: Tuesday, 6 February 2018
    A- A+


    SAN FRANCISCO - Pihak berkuasa pilihan raya Seattle mendakwa Facebook Inc melanggar undang-undang bandar itu yang menuntut media sosial mendedahkan pihak yang membeli iklan pilihan raya.

    Ini merupakan tindakan pertama dalam menguatkuasakan peraturan iklan politik dalam internet di Amerika Syarikat (AS).

    Pengarah Eksekutif Suruhanjaya Pilihan Raya dan Etika Seattle, Wayne Barnett berkata, Facebook sepatutnya mendedahkan secara terperinci perbelanjaan semasa pilihan raya Seattle pada tahun lalu atau boleh dikenakan denda.

    Berdasarkan undang-undang berkenaan, pihak terbabit boleh dikenakan denda sehingga AS$5,000 (RM19,441) bagi setiap iklan.

    Walau bagaimanapun Barnett berkata, pihaknya akan berbincang langkah selanjutnya dengan pihak peguam Seattle, minggu ini. - Reuters/Utusan online

    Subjects:

  • No Comment to " Facebook Langgar Undang-undang Pilihan Raya Seattle "