• F1: Tiada Lagi Gadis Litar

    Published: Thursday, 1 February 2018
    A- A+
    PARIS: Penganjur Formula Satu (F1), Liberty Media mengesahkan kini pihaknya menghentikan amalan penggunaan gadis litar sebelum perlumbaan dimulakan.

    Mereka menjelaskan penggunaan wanita di atas litar sebelum perlumbaan bermula 'adalah janggal dengan norma dunia moden.

    Sebelum ini, Darts turut mengambil langkah sama apabila melarang wanita daripada berjalan bersama pemain sebelum perlawanan dimulakan.

    "Sepanjang tahun lalu, kami sentiasa meneliti aspek yang dirasakan perlu ditambah baik supaya ia selari dengan visi sukan yang hebat ini," kata Pengarah Urusan Operasi Periklanan F1, Sean Bratches.

    "Dengan amalan menggunakan gadis litar dilihat sudah biasa dengan F1 sejak berdekad, kami berpendapat tradisi ini tidak sesuai dengan nilai jenama kami dan janggal dengan norma dunia moden.

    Bratches turut menjelaskan amalan itu 'tidak sesuai untuk F1 dan juga penyokong di seluruh dunia tanpa mengira penyokong lama mahupun baharu.'

    Musim baru F1 akan bermula pada 25 Mac dengan aksi Grand Prix (GP) Australia di Melbourne.- AFP

    Subjects:

  • No Comment to " F1: Tiada Lagi Gadis Litar "