• F1: Kerjasama Honda, Toro Rosso Positif

    Reporter: Azmin Ramlie
    Published: Thursday, 22 February 2018
    A- A+
    LONDON: Kerjasama Honda dengan pasukan Formula Satu (F1) Toro Rosso bermula dengan positif semalam, apabila ia menampakkan penampilan lancar jentera baharu ketika rakaman filem di Itali.

    "Hari tanpa masalah!! Bukan jenaka," kata pemandu Perancis, Pierre Gasly menerusi Twitter.

    Pemandu New Zealand, Brendon Hartley, yang turut menggunakan jentera TR13 di litar basah Misano, melaporkan di Instagram bahawa 'jentera baharu itu berjalan dengan sangat lancar.'

    Honda menjalin kerjasama dengan pasukan dimiliki Red Bull itu musim ini selepas tiga tahun gagal bersama bekas juara McLaren seterusnya menggugat reputasi pengeluar enjin dari Jepun itu.

    Menerusi dokumentari belakang tabir 'Pemandu Grand Prix', dikeluarkan Amazon baru-baru ini, menunjukkan ketegangan antara McLaren dan Honda membawa kepada terputusnya hubungan antara kedua-duanya.

    Ia juga mendedahkan bagaimana masalah itu bermula sebelum pelancaran jentera baharu. Ia terdedah ketika ujian di Barcelona apabila jentera kerap kali mengalami masalah kerana kegagalan enjin.

    McLaren, yang menamatkan kedudukan di tangga kesembilan daripada 10 pasukan musim lalu, kini menggunakan enjin Renault dan berharap mereka akan lebih kompetitif.

    Bagaimana kesudahan Toro Rosso dan McLaren musim ini akan menjadi sebahagian cerita kecil dalam 21 perlumbaan yang akan bermula di Australia pada 25 Mac dengan Mercedes dan Ferrari sekali lagi dijangka menjadi pasukan pendahulu. - REUTERS

    Subjects:

  • No Comment to " F1: Kerjasama Honda, Toro Rosso Positif "