• Entulu Akhirnya Bersuara Setelah Berdiam Tentang Karier Politiknya

    Published: Wednesday, 28 February 2018
    A- A+

    Setelah sekian lama Ahli Parlimen Selangau Datuk Joseph Entulu Belaun menyepi mengenai karier politiknya berikutan dakwaan bahawa beliau tidak akan dicalonkan semula pada Pilihanraya Umum (PRU14) akhirnya bersuara.

    Apabila ditanya mengenai karier politiknya, beliau hanya menggelengkan kepalanya.

    Namun Entulu tetap berpesan kepada penduduk di kawasannya agar terus memberi sokongan tidak berbelah-bahagi terhadap kepimpinan Barisan Nasional (BN) walaupun Presiden Parti Rakyat Sarawak (PRS) Tan Sri Dr James Jemut Masing mengesahkan bahawa kerusi Parlimen Selangau akan menampilkan muka baharu.

    "Sokongan padu rakyat memastikan kestabilan pemerintahan BN yang sememangya bersungguh-sungguh demi kesejahteraan rakyat negeri ini," katanya seperti dilaporkan Utusan Borneo.

    Beliau menjelaskan kerajaan amat komited membangunkan kawasan serta menaik taraf kehidupan masyarakat sekali gus merubah tahap kehidupan mereka ke arah lebih baik. - Sarawakiana

    Subjects:

  • No Comment to " Entulu Akhirnya Bersuara Setelah Berdiam Tentang Karier Politiknya "