• Elaun Pemeriksaan Kesihatan Untuk Anggota NSJA

    Reporter: Admin
    Published: Tuesday, 6 February 2018
    A- A+
    MIRI, 6 Feb (Bernama) -- Persatuan Wartawan Utara Sarawak (NSJA) akan menawarkan elaun pemeriksaan kesihatan kepada anggotanya sebagai sebahagian daripada usahanya untuk meningkatkan kebajikan anggota.

    Presidennya, Andy Jong Wan Joon berkata program dwitahunan itu pertama kali dilaksanakan pada 2016 yang membolehkan anggotanya menuntut sehingga RM100 untuk melakukan pemeriksaan kesihatan di hospital atau klinik kerajaan dan swasta.

    "Anggota perlu mendapatkan resit pembayaran dan menyerahkannya kepada NSJA untuk pembayaran balik," katanya kepada Bernama hari ini.

    Sementara itu, beliau berkata NSJA merancang untuk mengadakan pelbagai program untuk lebih 100 anggotanya termasuk makan malam tahunan, penyerahan insentif pendidikan, hari keluarga dan Hari Wartawan.-- BERNAMA
  • No Comment to " Elaun Pemeriksaan Kesihatan Untuk Anggota NSJA "