• Elak Jadi Bandar Hantu, 200 Rumah Ditawar Hanya RM5 Setiap Unit

    Reporter: Yusz Man
    Published: Monday, 5 February 2018
    A- A+


    ROM: Memang sesuatu yang mengejutkan apabila sebuah bandar di bandar Ollolai, Sardinia di sini, menawarkan 200 rumah pada harga cuma 90 pence atau RM5 sahaja bagi setiap satu unit.

    Memetik laporan Daily Mail, langkah itu diambil bagi mengelakkan kawasan yang terletak di Kepulauan Itali itu menjadi bandar hantu ekoran populasi kelahiran bayi setiap tahun di situ mengalami penurunan mendadak.

    Langkah drastik itu dilaksanakan Datuk Bandar Ollolai, Sardinia, Afio yang mengambil maklum tentang perkembangan itu lantas memutuskan untuk menyediakan skim rumah khas.

    "Kebanggaan masa lalu adalah kekuatan kami. Kami sentiasa hidup dalam keadaan sukar namun sama sekali tidak akan membenarkan bandar kami mati," kata Afio.

    Susulan itu, ia menarik perhatian warga asing apabila pihak berwajib menerima 120 permohonan daripada rakyat Amerika Syarikat, Australia dan Rusia untuk membeli unit rumah disitu.-mStar

    Subjects:

  • No Comment to " Elak Jadi Bandar Hantu, 200 Rumah Ditawar Hanya RM5 Setiap Unit "