• Elak berpolitik di masjid

    Reporter: Admin
    Published: Monday, 19 February 2018
    A- A+
    ROMPIN 19 Feb. - Semua pihak diingatkan agar tidak menjadikan masjid atau surau sebagai tempat untuk menyampaikan ceramah politik.

    Pemangku Raja Pahang, Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah bertitah, tindakan berpolitik atau bercakap perkara tidak berfaedah di masjid bakal berdepan dengan tindakan mengikut peraturan atau enakmen sedia ada.

    "Saya berharap masjid digunakan sebagai tempat beribadah, sekiranya terdapat apa-apa masalah digalakkan berbincang di tempat bersesuaian.

    "Kita mahu beribadah dengan tenang dan jangan sesekali menggunakan mimbar masjid untuk menyampaikan khutbah politik," titah baginda pada Majlis Pecah Tanah Masjid Kampung Sungai Puteri, di sini hari ini.

    Berangkat sama mencemar duli ke majlis berkenaan ialah Tengku Puan Pahang, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah.

    Yang turut hadir Menteri Besar, Datuk Seri Adnan Yaakob dan Ahli Parlimen Rompin, Datuk Seri Hasan Ariffin. - UTUSAN ONLINE

    Subjects:

  • No Comment to " Elak berpolitik di masjid "