• Duterte Larang Laman Berita Lapor Acara Rasmi

    Reporter: Yusz Man
    Published: Wednesday, 21 February 2018
    A- A+

    MANILA – Presiden Rodrigo Duterte sudah hilang kepercayaan kepada laman berita tempatan, Rappler, dan melarang ia daripada membuat liputan acara rasminya, kata jurucakapnya hari ini.

    Ia menjadi tamparan kepada media itu yang dikenali kerap laporan tegasnya terhadap pihak kerajaan Filipina.

    Keputusan Duterte disebabkan beliau sudah bosan dengan ‘laporan palsu’ Rappler, kata jurucakapnya, Harry Roque, kepada radio DZMM, menambah ia bebas beroperasi tetapi perlu melaporkan ucapan dan aktiviti presiden daripada siaran langsung televisyen.

    Larangan itu susulan keputusan dibuat Suruhanhaya Bursa Sekuriti (SEC) bahawa lesen Rappler dibatalkan kerana melanggar pemilikan berkaitan salah seorang pelabur Amerika Syarikat.

    Rappler menyifatkan ia mengarut dan meneruskan operasi sementara menantikan rayuan.

    Hari ini, ia menyifatkan keputusan Duterte melarang wartawannya menghadiri majlis presiden itu sebagai ‘satu lagi contoh kuasa yang cuba mengugut wartawan bebas’.

    Isu status Rappler mengelirukan, dengan Roque pada awalnya berkata ia boleh melaporkan taklimat akhbar istana sementara menunggu rayuan.

    Setiausaha Eksekutif, Salvador Medialdea, bagaimanapun berkata pembatalan lesen bermakna akreditasi wartawatannya di istana Malacanang juga perlu dibatalkan. – Reuters/BH ONLINE

    Subjects:

  • No Comment to " Duterte Larang Laman Berita Lapor Acara Rasmi "