• Dron Ganti Model ‘Peraga’ Koleksi Beg Tangan Terbaharu D&G

    Reporter: Bukan Nama Sebenar
    Published: Tuesday, 27 February 2018
    A- A+

    ROM: Penonton yang menghadiri pertunjukan fesyen Dolce and Gabbana (D&G) pada satu daripada acara terakhir Minggu Fesyen Milan di sini teruja apabila mereka dikejutkan de­ngan elemen misteri syarikat itu yang menggunakan dron semasa memperagakan beg tangan terbaharu keluaran mereka.

    Mail Online melaporkan, teta­mu bagaimanapun terlebih dahulu dibiarkan dalam keadaan terta­nya-tanya apabila penganjur berulang kali membuat pengumuman meminta mereka mematikan WiFi te­lefon pintar masing-ma­sing.

    Akhirnya selepas menunggu se­lama 45 minit dalam gelap, pertunjukan dimulakan dengan dron mula menerbangkan beg tangan kulit untuk musim sejuk 2018 sekali gus menamatkan teka-teki dalam kalangan penonton.

    Satu demi satu dron yang membawa beg tangan D&G itu kemudian dipertontonkan pada pentas peragaan sambil diiringi lagu All The Stars dendangan pe­nyanyi, Kendrick Lamar.

    Pesawat tanpa pemandu itu dikawal oleh lelaki dan wanita yang memakai pakaian kot berwarna putih di tepi pentas peragaan.

    Penonton yang teruja pula dilihat merakam persembahan itu menerusi telefon pintar masing-masing.

    Sejurus tamat penggunaan dron itu, D&G kembali menggunakan kaedah konvensional iaitu penggunaan model wanita muda bagi memperagakan koleksi pakaian terbaharu mereka.

    Difahamkan, lebih 100 rekaan terkini jenama itu ditampilkan pada pertunjukan tersebut

    - Utusan Online

    Subjects:

  • No Comment to " Dron Ganti Model ‘Peraga’ Koleksi Beg Tangan Terbaharu D&G "