• Doktor Pecah Rekod Dunia, Keluarkan Ketumbuhan Seberat 1.8kg Dari Kepala Lelaki

    Reporter: Bukan Nama Sebenar
    Published: Friday, 23 February 2018
    A- A+


    MUMBAI: Sekumpulan doktor di India berjaya melakukan pembedahan untuk mengeluarkan satu ketumbuhan dalam otak yang dikatakan paling besar dan berat pernah dilakukan di dunia.

    Lapor The Hindu, berat ketumbuhan itu adalah 1.8 kilogram.

    Pembedahan yang mengambil masa lebih 6 jam itu dilakukan pada 14 Februari lalu dan dijalankan keatas seorang lelaki, Santlal Pal, 31 tahun oleh sepasukan doktor pakar saraf dari Hospital Nair, di Mumbai.

    Pal kini sedang menjalani pemulihan di wad ICU dan dikatakan berada dalam keadaan stabil.

    Kata salah seorang daripada lima pakar saraf yang terbabit, Dr. Trimurti Nadkarni, ketumbuhan terbabit adalah lebih besar daripada saiz kepala Pal sendiri.

    Kata Nadkami, pihaknya telah membuat penyelidikan dan tidak menemui sebarang laporan pembedahan ketumbuhan otak yang lebih besar daripada prosedur yang mereka lakukan.

    Lapor akhbar itu lagi, pesakit yang juga seorang pekedai runcit itu telah mengalami ketumbuhan itu sejak tiga tahun lalu, namun ketumbuhan membesar dengan pantas sejak tahun lalu dengan hanya 10 peratus ketumbuhan terbabit tumbuh di dalam tengkorak kepala.

    "Doktor terpaksa memotong kulit kepala dan mengalihkan ketumbuhan. Bahagian ketumbuhan yang tumbuh di dalam tengkorak pula dibuang dengan membuat potongan di bahagian tengkorak," kata Dr Nadkarni lagi.

    Para doktor berkata tekanan akibat ketumbuhan telah menyebabkan pesakit itu mengalami masalah penglihatan. Sekiranya dibiarkan berlarutan pesakit boleh mengalami lumpuh sepenuhnya dan kerosakan saraf.

    Dr. Nadkarni berkata dia pernah mebuat pembedahan membabitkan ketumbuhan seberat 1.4 kilogram pada 2002 sementara pada 2008, seorang doktor telah melakukan pembedahan ketumbuhan sebesar bola tenis dengan berat dianggarkan seberat 1.3 kilogram. - Awani

    Subjects:

  • No Comment to " Doktor Pecah Rekod Dunia, Keluarkan Ketumbuhan Seberat 1.8kg Dari Kepala Lelaki "