• Dituduh Cuba Masukkan Kemaluan Dalam Mulut Rakan

    Reporter: Yusz Man
    Published: Friday, 9 February 2018
    A- A+


    AMPANG: Seorang lelaki warga Myanmar didakwa di Mahkamah Majistret di sini, hari ini, atas tuduhan cuba memasukkan kemaluan ke dalam mulut rakan sekerja lelaki, di sebuah kedai gunting rambut, Isnin lalu.

    Bagaimanapun, tiada pengakuan direkodkan daripada tertuduh Noor Kabir Abu Zafar, 40, yang juga seorang tukang gunting rambut, kerana tidak memahami pertuduhan dibacakan terhadapnya di hadapan Majistret Haslinda A Raof.

    Berdasarkan kertas pertuduhan, Noor Kabir didakwa dengan niat melanggar kesopanan rakan sekerjanya, Bahtiar, 29, warga Indonesia dengan cara mencuba dua kali memasukkan kemaluannya ke dalam mulut mangsa.

    Dia dituduh melakukan kesalahan itu dalam kedai gunting rambut, Jalan Indah 7, Kampung Ampang Indah, di sini, jam 6 petang, pada 5 Februari lalu dan didakwa mengikut Seksyen 377 D Kanun Keseksaan, yang boleh dihukum penjara maksimum dua tahun.

    Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya, Norhashimah Hashim tidak menawarkan sebarang jaminan kerana tiada sebarang pengakuan direkodkan selain tertuduh adalah pemegang kad UNHCR.

    Mahkamah tidak membenarkan tertuduh diikat jamin dan menetapkan 14 Mac ini untuk sebutan semula kes.

    Subjects:

  • No Comment to " Dituduh Cuba Masukkan Kemaluan Dalam Mulut Rakan "