• Ditimpa Malang, Iqram Dinzly Alami Kerugian RM10,000

    Published: Saturday, 24 February 2018
    A- A+


    MALANG tidak berbau… Pelakon, Iqram Dinzly mengalami kerugian dianggarkan bernilai RM10,000 apabila kediamannya di Damansara, Petaling Jaya dipecah masuk pencuri pada Rabu.

    Berita sedih itu dikongsi oleh Iqram menerusi salah satu entri dalam laman Instagram miliknya pada Khamis.

    Menurut Iqram, dia telah kehilangan jam tangan bernilai RM10,000 dan beberapa lagi barang berharga lain termasuk komputer riba milik arwah bapanya.

    Pun begitu, Iqram tidak melatah dengan situasi berkenaan sebaliknya sentiasa berfikiran positif dengan menganggap ia sebagai dugaan yang perlu dihadapi dengan tenang.

    “Yang perlu kita amati, apa yang kita telah berbakti? Bagaimana hidup hendak diberkati ? Jawapannya sabar, tenang dan tawakallahualaik, baru camgini 👍. #honda#crv,” kata Iqram menerusi entri tersebut.


    Bagaimanapun, pelakon itu sekali lagi bernasib malang apabila kereta jenis Honda CRV miliknya pula rosak akibat terlanggar tembok.

    Ujar aktor yang terkenal menerusi drama, Dunia Baru itu, pelanggaran berlaku sewaktu dia sedang memandu dalam keadaan yang mengantuk dan letih.

    “Apabila diri terlalu penat dan mengantuk maka terhentaklah di tembok dan isteri (kereta) aku cedera terluka sebegini .

    “Satu persatu latihan tubi yang diberi dan semakin hari semakin ku sadari. Sekiranya jadi maka jadilah ia dan usah pertikaikan lagi kerna semua ini adalah suratan takdir Illahi.

    “Alkisah cerita kelmarin mangga dikopak dan jam bernilai RM10,000, telefon bimbit Iphone 6 serta laptop arwah bapa telah dirompak. Walau apa pun, tak perlu berontak, hanya syukuri ujian dan dugaan Allah,” ujar Iqram.


    Sehingga kini, perkongsian Iqram di Instagram itu dilihat terus menjadi perhatian para pengikutnya di laman Instagram. – MYNEWSHUB.CC

    Subjects:

  • No Comment to " Ditimpa Malang, Iqram Dinzly Alami Kerugian RM10,000 "