• Diskaun Tol DUKE 10 Peratus Sempena Tahun Baharu Cina

    Reporter: uMieySurianie
    Published: Tuesday, 6 February 2018
    A- A+

    KUALA LUMPUR: Sempena perayaan Tahun Baharu Cina, pengguna Lebuhraya Duta-Ulu Kelang (DUKE) bakal menikmati diskaun tol sebanyak 10 peratus.

    Diskaun itu hanya diberikan kepada pengguna kenderaan Kelas 1, sepanjang tempoh 24 jam pada 16 Februari ini bermula jam 12.01 pagi hingga 11.59 malam.

    Pengarah Eksekutif Konsortium Lebuhraya Utara-Timur (KL) Sendirian Berhad (KESTURI), Tan Sri Datuk Seri Lim Keng Cheng, dalam kenyataan hari ini, berkata usaha itu mampu membantu mengurangkan perbelanjaan pengguna lebuh raya ketika musim perayaan.

    "Inisitif berterusan ini dilihat dapat mengurangkan perbelanjaan pengguna di musim perayaan dengan memberikan nilai pulangan menerusi bayaran tol yang lebih rendah,

    "Diskaun ini diberikan kepada semua pengguna Lebuhraya DUKE termasuk Plaza Tol Segambut dan Plaza Tol Sentul Pasar Tambahan," katanya.

    Untuk maklumat lanjut dan informasi trafik terkini, layari laman web rasmi di www.duke.com.my atau ikuti Twitter @LebuhrayaDuke dan Facebook www.facebook.com/DUKEHighway.- BH Online

    Subjects:

  • No Comment to " Diskaun Tol DUKE 10 Peratus Sempena Tahun Baharu Cina "