• Dilarang Dekati Semua Ladang Didapati Cabul Lembu

    Reporter: Dayyan Mikhail
    Published: Monday, 5 February 2018
    A- A+

    Seorang pesara telah diharamkan dari memasuki atau mendekati mana-mana ladang lembu di United Kingdom selepas didapati mencabul binatang berkenaan.

    John Curno yang berusia 80 tahun itu, telah dikenakan hukuman larangan berkenaan selepas ditangkap dengan seluar yang dilondehkan ketika sedang memuaskan dirinya.

    Dia juga dilihat `bercakap-cakap’ dengan 150 lembu ketika sedang melancap.

    Perbuatannya itu berjaya dikesan oleh isteri kepada seorang peladang, Susan Howie ketika John sedang melakukan perbuatan berkenaan,

    “Pada musim panas, memang lembu-lembu itu dibiarkan di ladang siang dan malam. Dia sedang melancap dan anda boleh melihat dia bergerak dan seluarnya juga dilondehkan ke buku lalu,’’ kata Susan.

    John merupakan kawan lama Susan dan wanita itu tidak mengetahui bahawa John sudah melakukan perbuatan tersebut sejak dua dekad lalu.

    Bukan sahaja Susan malah dua beradik perempuan turut melihat dia melakukan perbuatan berkenaan dengan seekor lembu.

    Majistret Michael Akers, menunda hukuman penjara sehingga bulan depan dan melarang John daripada mendekati mana-mana ladang lembu lagi selepas ini. – MYNEWSHUB.CC

    Subjects:

  • No Comment to " Dilarang Dekati Semua Ladang Didapati Cabul Lembu "