• Dikurung 16 Jam Gagal Bayar Sewa

    Published: Monday, 26 February 2018
    A- A+

    KUALA LUMPUR - Hanya kerana gagal membayar sewa bulanan berjumlah RM1,100, seorang wanita dikurung selama 16 jam di rumah sewanya di Tropicana Metropark, Subang Jaya, dekat sini.

    Wanita berusia 26 tahun itu dikurung sejak pukul 7.30 malam kelmarin sehingga 7.30 pagi semalam.

    Ketua Polis Daerah Subang Jaya, Asisten Komisioner Muhammad Azlin Sadari berkata, pihaknya menerima laporan daripada ahli keluarga mangsa yang memaklumkan pemilik rumah sewa mengunci jeriji rumah berkenaan.

    “Seorang lelaki yang juga ejen hartanah berusia 29 tahun telah mengunci pintu rumah tersebut menggunakan kunci mangga atas arahan pemilik rumah berusia 44 tahun.

    “Kedua-dua suspek kemudiannya ditahan dan diarahkan membuka semula jeriji pintu rumah berkenaan pada pukul 11.30 pagi semalam. Mangsa dan ahli keluarganya dilaporkan dalam keadaan selamat,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

    Tambahnya, kedua-dua suspek kini ditahan bagi membantu siasatan dan kes disiasat mengikut Seksyen 342 Kanun Keseksaan kerana mengurung secara salah. - UTUSAN ONLINE

    Subjects:

  • No Comment to " Dikurung 16 Jam Gagal Bayar Sewa "