• Dicabul Enggan Jadi Isteri Kedua

    Published: Wednesday, 14 February 2018
    A- A+

    Pekerja wanita menjadi mangsa cabul majikannya selepas menolak lamaran lelaki itu yang mahu menjadikan dia isteri kedua dalam kejadian di sebuah kedai gambar di Kuala Nerus pada Jumaat lalu.

    Kejadian dipercayai berlaku 6.15 petang ketika mangsa berusia 20 tahun berada di premis berkenaan sebelum diarahkan lelaki berusia 30 tahun masuk ke dalam studio.

    Menurut sumber, mangsa dipaksa menjalani sesi penggambaran tanpa sebab dan dia akur dengan arahan diberikan sebelum majikan mengambil beberapa keping gambar.

    Katanya, mangsa dihampiri lelaki itu dari arah depan beberapa minit kemudian sebelum majikannya bertindak memegang dada selain membuka baju dan seluar mangsa.

    “Lelaki itu mencabul mangsa dan dalam keadaan separuh bogel, dia cuba mengambil kesempatan merakam gambar dengan alasan dijadikan simpanan peribadinya tetapi sempat ditepis mangsa. “Melihat keadaan mangsa yang ketakutan itu, lelaki itu cuba memujuk dengan mengajak mangsa keluar makan menaiki keretanya.

    “Ketika berada di dalam kereta, lelaki itu sekali lagi mengambil kesempatan mencabul mangsa dan dalam masa sama memujuk mangsa agar menerima lamarannya menjadi isteri kedua,” katanya. Sumber berkata, lelaki itu memujuk mangsa agar berkahwin dengannya di Thailand tetapi ditolak sebelum mangsa ditinggalkan di luar tandas sebuah pasar raya di Kuala Nerus.

    Katanya, mangsa menceritakan kejadian itu kepada keluarganya sebelum membuat laporan di Balai Polis Gong Badak untuk tindakan lanjut.

    Sementara itu, Timbalan Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu Superintendan Suffian Sulaiman ketika dihubungi mengesahkan ada menerima laporan kejadian.

    Katanya, suspek kini direman untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 354 Kanun Keseksaan kerana mencabul.-myMetro

    Subjects:

  • No Comment to " Dicabul Enggan Jadi Isteri Kedua "