• Denis Leong Soon Kuai TKJSJ Siasatan/Perundangan Sarawak Baharu

    Reporter: Yusz Man
    Published: Friday, 9 February 2018
    A- A+


    KUCHING: Bekas Penolong Pengarah Operasi (STAFOC), Skuad Taktikal Khas 1, Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman ACP Denis Leong Soon Kuai dilantik sebagai Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah(JSJ) Siasatan/Perundangan,Ibu Pejabat Polis Kontinjen Sarawak berkuatkuasa hari ini.

    Denis bakal menggantikan ACP Lee Moh Le yang akan bersara wajib mulai esok.

    Denis berkata, beliau komited untuk meneruskan kecemerlangan yang dicapai oleh JSJ negeri dengan melaksanakan dasar yang sudah digariskan oleh pucuk pimpinan kontinjen negeri.

    "Saya akan lebih komited menjalankan tugas yang diamanahkan dan berjanji akan menjalankan tugas dengan baik dan cemerlang,” katanya.

    Majlis serah terima tugas antara ACP Lee Moh Le dan ACP Denis Leong Soon Kuai disaksikan oleh Ketua Jabatan Siasatan Jenayah(JSJ) Sarawak SAC Dato Dev Kumar di Mes Pegawai Kanan IPK Sarawak dekat sini, pagi tadi.

    Sementara itu, KJSJ Sarawak SAC Dev Kumar turut berkata, perlantikan Denis akan membantu beliau dalam mengorak langkah membanteras jenayah secara berterusan dan memastikan negeri ini terus kekal aman dan tenteram.-Sarawakiana
  • No Comment to " Denis Leong Soon Kuai TKJSJ Siasatan/Perundangan Sarawak Baharu "