• Demi Kepentingan PBB, Karim Tidak Bertanding Naib Presiden Kanan

    Published: Friday, 2 February 2018
    A- A+

    Walaupun Datuk Abdul Karim Rahman Hamzah antara nama yang dikaitkan dengan jawatan naib presiden kanan Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB), Menteri Pelancongan, Kesenian, Kebudayaan, Belia dan Sukan itu memutuskan untuk memberi laluan kepada Datuk Seri Fadillah Yusof untuk jawatan ketiga tertinggi tersebut.

    Memetik laporan The Borneo Post, beliau berkata, keputusan tidak merebut jawatan tersebut selepas mengambil kira kepentingan parti dan mengelak perpecahan terutama menjelang Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) akan datang.

    "Bagi saya parti adalah perkara pertama. Jadi selepas membuat pertimbangan mengenai kepenting parti terutama menjelang pilihan raya, saya memutuskan tidak bertanding (jawatan naib presiden kanan. Saya sudah berbincang dengan Datuk Seri Fadillah yang mana beliau patut menduduki jawatan ini," katanya.

    Menurutnya, beliau berhasrat untuk merebut salah satu jawatan naib presiden bagi sayap Bumiputera yang mana tujuh calon menunjukkan minat setakat ini.

    "Saya pergi kepada naib presiden. Saya baru dilantik sebagai menteri, saya fikir cukuplah kerana banyak kerja yang perlu dilakukan sebagai menteri.

    "Jika anda naib presiden kanan, banyak lagi kerja yang perlu dilakukan," ujarnya.-Sarawakiana




    Subjects:

  • No Comment to " Demi Kepentingan PBB, Karim Tidak Bertanding Naib Presiden Kanan "